Thursday 11 January 2018

Paris I'm In Love [part 1]

hello gais,

entry ni sambungan dari London Autumn Di Hatiku [part 3], so pas berlepas naik train dari St. Pancras Station London, kami pon sampai ke Paris Gare du Nord station, pejalanan mengambil masa dalam 2jam sengah camtu la.




so sampai2 dah pukul 7, dah malam dah time tu tp rase macam dah lewat sangat je sebab station ni macam dah nak tutup maybe sebab orang2 paris ni tutup kedai awal, so we decided to terus amek taxi je ke hotel.

this time we stayed at Mercure City Centre Paris Hotel, aku pilih hotel ni sebab dia cuma 5 minute walking distance je dari eiffel Tower. So as we passed by the street of Paris, nampak lah monument2 classic and cantik kat sepanjang jalan tu. Paris ni structure bangunan dia memang timeless, maybe sebab memang nak dikekalkan camtu.
ni kat depan attrance masuk hotel kami..excited tengok Eiffel Tower hehee

First time nampak Eiffel Tower, so excited, lagi excited bile taxi ni ade panoramic roof view...hehe So kami pon sampai kat hotel. Depan hotel pon jadik, Eiffel tower tengah sparkling macam ada gold 999 😍




Then malam tu we're too tired to go out, so just had maggi je for dinner then zzz

Day 2 in Paris, as usual pagi2 lagi dah siap sebab dah puas tido, then we take time to stroll kawasan eiffel tower ni..jalan2 sekali kena scamm lah pulak! ada orang tahan kami, ayat mula2 dia "can u speak english?" pastu dia pon goes dengan cerita tentang donation and mintak sign, xtau lah betol ke idok, kami pon sign aje lah, then kitaorang dah cakap banyak kali takde duit, tapi dia dok follow mintak2 paksa2 gak, then kami bagi €10, dia xpuas hati, katenye setiap sign kene donate €20. Last2 dah malas layan, I bagi jugak lah another €10, ikhlas kan hati jelah. Then dia terus lari 😂😂 (jadikan pengajaran gais! kat Paris ni banyak scammers, hati2 k)

Then kami pon jalan2 lah amek pic untuk kenangan..





pas dah puas berposing, kami pon jalan2 tuk cari bustop yang ada Big Bus Tour Paris, kali ni kat Paris, kami amek 2-days Premium Tours harge €39/person. kat Paris ni ade 10 stops je untuk red lines, while blue lines lak cover area mont mantre..bagi aku yang berbaloi lah sebab senang nak cover attraction spots kat Paris. Lagipon sightseeing kat Paris ni xbanyak sangat stop, senang lan nak cover semua. 👍👍

ni maps untuk big bus tour paris (credit picture maps dari webiste Big Bus Tour Paris)


gelagat Ayden dalam bus hehe
first stop kitaorang singgah Gallery Lafayette, besar gile mall ni, macam2 ada dari fashion, food, home and living, dan lain2.



Dari sini kami jalan dalam 10minit tuk cari kedai makan Parisian yang halal name nya Le Petit Gourmet. Masuk2 je orang tu bagi salam, chef2 pon bagi salam, so kami pon makan tanpa was2. Kalau korang nak lagi kepastian, boleh double triple confirm with waiters situ.


i tried their steak & pasta, shaz lak lapar nasi so dia amek ayam & nasi..and order french fries gak for Ayden, sedap kentang dia, crispy on the outside, soft in the inside 👍👍

then kami terus hop on ke muse de lourve, kat museum ni lah ada potret terkenal monalisa. cantik museum ni, tak ramai orang pon hari tu.










aktiviti dua beranak ni tak lain ialah bagi makan burung..🤣🤣


then kami jalan2 kat jambatan ni, cantik pemandangan kat Paris ni, mane2 pon picturesque and instagram worthy 😅



pastu kami naik bus je tengok pemandangan Paris dari atas.








antara tempat2 menarik kat Paris


then we rushed balik sebab kami order makanan kat Nasi Lemak Paris, dah janji akan deliver food pukul 7pm.


kami order nasi lemak ayam, ayam goreng extra untuk Ayden, and for me nasi with ayam masak lemak..boleh tahan sedap makanan dia, u gais can order kalau dah rindu nak makan nasi lemak kat kota paris ni.. IG nasi lemak paris. Then malam tu kami just chill2 kat mini bar hotel je sebab dapat free drinks kat hotel ni.


order orange juice and diet coke je.

sambung kat bext entry Paris I'm In Love [part 2]

No comments:

Post a Comment